Assalamualaikum
Entry kali ni akan bincangkan tips penjagaan bateri laptop yang selama ni kita pandang sebelah mata je.
Tahu tak yang jangka hayat satu bateri tu bergantung kepada penggunaan harian kita? Untuk pastikan bateri tu boleh guna dalam jangka masa panjang, kenalah tahu cara penjagaan yang betul.
Bagi sesiapa yang memang tak nak jaga bateri laptop, kita kena ada satu ilmu lagi iaitu ilmu harga bateri tersebut di Malaysia bila nak beli baru sebab dah rosak tak jaga. Hehe...
Berbalik kepada 10 tips tadi, let's jump into it!
1. AC Power/Charger
Kalau boleh, bila ada kat rumah, memang digalakkan untuk guna charger selain daripada guna bateri. Bila pakai plug, tolong tanggalkan bateri daripada laptop.
2. Kawal Suhu Laptop
Kalau guna bateri, pastikan suhu laptop kita tak terlampau panas. Kalau suhu terlampau panas, kipas bahagian bawah laptop akan berpusing lagi laju daripada biasa. Kita kena pastikan ruang udara tak terhalang dengan kotoran atau terlalu dekat dengan meja. Ini akan sebabkan udara panas yang terhasil daripada laptop akan ada kat sekitar tu je. Sebaik-baiknya, condongkan laptop untuk buka ruangan udara yang luas.
3. Kawal Kelajuan CPU
Kita boleh kawal atau kurangkan kelajuan CPU waktu guna bateri. Untuk buat macam tu, kita perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Boleh pilih sama ada nak guna Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).
4. Tambah RAM
Kekurangan RAM juga boleh sebabkan jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini sebab kalau RAM alami Low Amount, CPU akan buat satu virtual memory di dalam hard disk. Kalau CPU perlu akses virtual memory yang terdapat dalam hard disk tu, dia perlu sumber kuasa yang banyak.
5. Guna Hibernation Mode
Kalau nak tinggalkan laptop dalam keadaan terpasang, dicadangkan guna Hibernation Mode. Kalau cuma buat Standby, penggunaan kuasa lagi banyak kalau dibandingkan masa laptop dalam keadaan Hibernate.
6. Kurangkan Kecerahan Skrin
LCD screen dan hard disk ialah komponen yang guna paling banyak kuasa elektrik kalau nak banding dengan komponen lain. Matikan skrin LCD kita kalau tak guna. Boleh kurangkan kecerahan skrin dengan edit sikit kat bahagian Power Plan Settings. Ini akan kurangkan penggunaan bateri dan dapat jaga mata kita.
7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman
Apa maksud hardware dalaman tu? Contohnya, Bluetooth, wireless dan infrared. Kalau tak guna, matikan. Senang je. Jimat sikit bateri. Boleh guna lama.
8. Unplug External Device
Penggunaan external hard disk, USB flash drive, USB keyboard dan lain-lain adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. So, kalau nak guna dalam jangka masa yang lama, unplug je. Kalau boleh, macam mouse tu, guna je touchpad.
9. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu
Yang terakhir dan yang sangat penting. Pastikan matikan aplikasi yang tak guna untuk kurangkan beban pada CPU. Lebih banyak beban CPU, lebih banyak kuasa bateri yang guna. Check System Tray untuk pastikan aplikasi yang perlu je. Elakkan penggunaan aplikasi yang perlukan proses yang banyak. Games yang perlukan grafik, audio, RAM, dan keyboard mesti dielakkan waktu dalam mode battery saving.
So, itu sahaja perkongsian kita pada hari ini. Kalau masih ada masalah bateri dan sebagainya yang berkaitan dengan komputer atau laptop, boleh je hubungi kami:
www.wasap.my/60132584135
www.wasap.my/60106585731
www.wasap.my/601119270696

No comments:
Post a Comment