Assalamualaikum
大家好
Entry kali ni kita nak share tentang desas-desus Redmi yang dikatakan akan keluarkan phone dengan kamera resolutionnya 64MP.
Let's jump into it!
Mei lepas, Samsung dah launch sensor kamera terbaru yang beresolusi 64MP, dan sekarang ni producer smartphone mana-mana je akan guna sensor kamera tu. Salah satunya adalah Redmi, yang mana anak syarikat ni dah post beberapa sample kamera kat profile Weibo syarikat.
Redmi secara rasmi cakap yang dia orang dah masuk era kamera 64MP, dan tentunya kita harap smartphone yang lepas-lepas ni daripada Redmi akan guna sensor tu. Tapi gambar kat atas tu (gambar kucing zoom kat mata tu) tak cakap specific yang dia orang akan guna sensor daripada Samsung, tetapi kalau ikut timeline, very possible yang Redmi akan guna sensor Samsung.
Bahkan kalau smartphone mampu hasilkan gambar 64MP tahun lepas, ini kali pertama sensor boleh hasilkan gambar dengan detail tu. Sensor kat smartphone Redmi yang akan datang guna teknologi Tetracell yang dah improve, yang mana ini akan hasilkan gambar 16MP dalam cahaya yang minimum tapi boleh tangkap detail yang lagi baik.
Selain tu, harap juga akan ada peningkatan autofocus dan record video full HD pada 480 fps. Sensor Quad Bayer juga akan memungkinkan feature HDR real-time, so smartphone Redmi lepas-lepas ni akan jadi smartphone yang ditunggu-tunggu sebab akan offer kamera yang terbaik.
Sama-samalah kita tunggu berita daripada Redmi, ya! Sekian sahaja entry kita untuk kali ini.
Assalamualaikum
再见
No comments:
Post a Comment