Assalamualaikum
大家好
Canon secara rasmi lancarkan DSLR mirrorless EOS M6 Mark II dan DSLR EOS 90D. Kilang kamera asal Jepun tu bagi tahu yang EOS M6 Mark II merupakan DSLR EOS 90D ber'body' mirrorless, so ukurannya lagi ringkas. "Control dan function diambil daripada Canon EOS DSLR ke kamera mirrorless yang ringkas, EOS M6 Mark II ditujukan buat fotografer amateur," jelas Canon.
Beberapa features memang sama. Tapi masih lagi ada perbezaan kat beberapa bahagian. EOS M6 Mark II ada sensor APS-C CMOS dengan resolusi 32.5 MP dengan lens M-mount. Processor gambar disokong oleh chipset DIGIC 8. ISO-nya ada range 100-25600 yang boleh ditingkatkan hingga 51200 dan kecepatan shutter elektroniknya adalah 1/16000 per saat. Kamera ini datang dengan sistem Dual Pixel CMOS AF dalam mode 4K.
Daripada segi capability video, EOS M6 Mark II support format 4K 30p dan Full HD 120p tanpa potong (crop). Tapi TAK BOLEH guna untuk buat recording dengan mode 4K 24fps. Mirrorless ini boleh tangkap gambar pada 14fps dengan lock fokus AF dan AE. Pada mode RAW Burst dengan kebolehan pre-shooting, EOS M6 Mark II boleh buat pengambilan gambar hingga 30fps. Ia turut dilengkapi mic jack dan layar fleksibel yang mudahkan pengguna untuk buat vlog. Sayangnya, kamera ini tidak dilengkapi headphone jack.
Kat bahagian connectivity, Canon lengkapkan dengan feature WiFi dan Bluetooth untuk mudahkan transfer file. Ada juga USB C yang boleh guna untuk connectivity mahu pun charge. Kat ruang storage terdapat UHS-II SD Card. Kamera mirrorless ni pun datang dengan EVF-DC2 yang bersifat optional. EOS 90D Canon EOS 90D ada spec sensor, AF, dan capability video yang sama dengan EOS M6 Mark II. Bezanya kat kecepatan rakaman gambar, yang cuma boleh tangkap gambar 10 fps pada mode Burst, lagi rendah kalau nak banding 'mirrorless'nya.
Sementara tu, untuk EOS 90D ada viewfinder optik, screen kedua untuk tunjuk status, dan joystick untuk gerakkan titik fokus. Canon EOS 90D pun dirancang untuk tahan cuaca dan ada headphone jack, berbeza dengan model mirrorless. Tapi, kamera DSLR ni masih guna connector microUSB.
EOS M6 Mark II dijual dengan harga USD850 untuk 'body'nya je.
Kalau nak beli lens kit EF-M 15-45mm f/3.5-6.3 ISSTM dan EVF-DC2, harganya USD1,099.
Untuk lens kit EF-M 18-150mm f3.5-6.3 IS STM dan EVF-DC2 harganya USD1,349.
Sementara untuk EOS 90D mula dijual dengan harga USD1,199 untuk body kamera.
Kalau nak pakej dengan lens kit 18-55mm harganya jadi USD1,349
Atau dengan lens kit 18-135mm yang bernilai USD1,599.
Canon akan mula pasarkan kedua-dua kamera ni pada akhir September 2019.
Itu sahaja entry kita mengenai dua kamera keluaran Canon. Is Canon becoming more relevant now? That's another story to tell.
'Til the next post
Assalamualaikum
再见
No comments:
Post a Comment