Assalamualaikum
Selamat sejahtera
大家好
Entry kali ni kita nak kongsi sikit ilmu sebelum nak beli laptop baru. Ni bolehlah parents atau budak yang baru nak masuk U guna sebagai panduan. Atau mungkin dalam 10 tahun akan datang, remaja dan budak-budak pun dah kena beli laptop. Kita tak tahu masa depan, kan?
Let's jump into it!
Tips 1: Sistem Operasi (OS)
Guna OS yang biasa diguna sebelum ini. Contohnya, keluarga kita guna Windows sebagai OS kat PC rumah. Keluarga jiran sebelah guna OS jenis Mac dan anak jiran nak beli MacBook. Kita tengok macam style, pun nak beli MacBook juga.
Boleh, tapi lebih memudahkan bagi pengguna marhaen supaya tak susah nak kena adapt dengan OS baru pula.
Tips 2: Jenis Laptop
Dulu senang je. Kalau nak beli laptop, kita dah boleh bayangkan laptop tu macam mana. Sekarang ni dah macam-macam. Generally, ada dualah. Satu laptop tradisional dan satu lagi 2-in-1. 2-in-1 ni ada pula yang jenis detachable dan ada pula yang jenis convertible.
Detachable boleh tanggalkan skrin manakala convertible pula boleh pusingkan skrin 180 darjah.
Tapi mana yang lagi bagus?
Hakikatnya, ini mengikut cita rasa masing-masing. 2-in-1 nampak menarik sebab kita ada lebih banyak option, betul tak? Tapi ada yang jenis memang cuba untuk guna laptop sebagai platform untuk melakukan kerja semata-mata dan beli tab secara berasingan bagi tujuan lain macam tengok movie atau baca e-book. Lebih professional. Tapi kalau boleh guna 2-in-1 apa salahnya. Pakai mengikut keadaan. Lebih praktikal?
Mungkin. Macam yang saya katakan. Citarasa masing-masing.
Tips 3: Skrin Laptop
Skrin yang besar amat sesuai untuk games. Namun begitu, semakin besar skrin itu, semakin bertambah saiz, berat dan penggunaan kuasanya.
11″-12″: Skrin macam ni biasanya nipis dan ringan. Mudah dibawa ke mana-mana je
13″-14″: Laptop yang seimbang daripada segi mudah alih dan usability
15″: Saiz skrin laptop yang popular dalam kalangan pengguna laptop di Malaysia dengan berat lebih kurang 2-3 kg
17″-18″: Laptop yang selalu guna untuk edit gambar, video serta main game. Biasanya, laptop ni agak berat dan sesuai bagi yang jarang bawa laptop keluar rumah

Resolution:
HD: 1366 x 768 adalah standard laptop. Sesuai untuk buka internet, e-mel dan software basic
HD+: 1600 x 900 pula sesuai untuk casual games dan tengok DVD
Full HD: 1920 x 1080 membolehkan untuk tengok filem Blu-ray dan main games
Retina display): 2304 x 1440, 2560 x 1600 dan 2880 x 1800 ada dalam display Apple 12 “, 13.3″ dan 15.6”
QHD (Quad HD) dan QHD+: 2560 x 1440 dan 3200 x 1800, kepadatan piksel yang amat tinggi menyebabkan details dan text yang sangat jelas, sesuai untuk kerja-kerja foto profesional dan grafik serta filem HD dan games
4K Ultra HD: 3840 x 2160 ada empat kali ganda piksel Full HD, menjadikan warna dan imej yang rich serta guna untuk edit imej dan grafik bagaikan seolah-olah hidup
Display:
Skrin dengan glossy finish umumnya memberikan warna yang lebih kaya dan hitam yang lebih gelap
Manakala matte finish pula akan kurangkan silau kalau kita sering bekerja di luar atau berdekatan dengan tingkap
Kedua-dua kemasan ini juga lebih kepada citarasa masing-masing je. Sesetengah gamers tegar lagi suka matte
Touchscreen:
Fungsi ni tak berapa diperlukan bagi gamers kerana lebih cepat habis bateri.
Tips 4: Keyboard dan Touchpad
Kalau boleh, carilah keyboard yang ergonomik dan membuatkan kerja lebih selesa. Pastikan keyboard tak mudah tersekat bila ditekan berulang-ulang kali. Ada ruang yang cukup antara keyboard laptop.
Touchpad yang bagus pula mesti precise dan tak tersekat-sekat. Touchpad juga mesti respond secara konsisten untuk isyarat macam pinch-to-zoom (multi-touch).
Kalau nak beli laptop untuk bisnes pula, mesti pertimbangkan keyboard yang ada pointing stick antara huruf G dan H.
Kenapa ya?
Sebab senang sebagai guideline. Ini kalau taip tutup mata pun boleh sebab dah ada panduan. Kalau blackout dalam bangunan pun boleh menaip lagi hehe
Tips 5: Specs Laptop
ZZZZZZ...
(bunyi dengkur)
Mesti bosan bab teknikal, kan? Tapi benda ni sebenarnya yang paling penting dalam pembelian laptop/PC, malah semua benda elektrik/elektronik yang berkaitan.
Nak beli TV pun sama. Nak beli air-con pun sama. Nak beli peti sejuk pun sama. Semuanya nak tengok detail. TV punya decoder pun specs yang macam mana. Air-con pun jenis eco-friendly ke, save elektrik ke. Peti sejuk pun sama juga. Berapa sejuk dia boleh pergi, green technology ke.
Processor:
Benda pertama yang kita MESTI tengok ialah processor. Processor yang menjadi kebiasaan di pasaran ialah Intel dan AMD. Jom kita tengok macam mana.
Intel Atom: Biasanya boleh jumpa kat netbook kos rendah. Performance asas je tapi penggunaan baterinya lebih baik berbanding dengan Celeron/Pentium
Intel Pentium/Celeron: Performance hanya sesuai untuk emel, Internet dan produktiviti tugas-tugas asas
Intel Core m3 / m5 / m7: Direka untuk device Ultraslim. Penggunaan kuasa dan haba yang rendah sampaikan tak perlukan kipas. Performance lebih baik berbanding dengan Celeron tapi tak dapat menandingi Core i3 / i5
Intel Core i3 / i5: Kombinasi terbaik daripada segi prestasi dan harga
Intel Core i7: Pilihan power users seperti gamers tegar, pereka grafik, jurugambar dan juruvideo. Cemerlang dalam multitasking dan projek multimedia dalam 3D atau HD
Intel Xeon: Processor yang sangat kuat dan mahal untuk stesen kerja portable yang besar. Kalau kita buat engineering kelas profesional, 3D modeling atau edit video, kita mungkin perlukan processor ni. Kelemahannya, kita tak akan dapat hayat bateri yang panjang atau laptop yang ringan.
Secara jujurnya, lebih baiklah pilih processor Intel Core i5 ke atas.
Processor AMD:
A4: Performance untuk muzik, gambar dan video
A4: Performance untuk muzik, gambar dan video
A6: Aliran video yang smooth dan kualiti foto yang dipertingkatkan
A8: Performance grafik yang lebih baik membolehkan game 3D dalam HD
A10: Chip utama AMD, dengan kepantasan quad-core dan performance grafik yang luar biasa
FX: Untuk game serius dan multitasking berat
E-Series: Sama dengan processor Intel Celeron dan Pentium, chip ini adalah berorientasikan nilai dengan kelajuan dan keupayaan pelbagai tugas yang terhad. Biasanya sesuai untuk tugas-tugas asas pengkomputeran seperti emel, buka internet dan pemprosesan perkataan
AMD Ryzen Mobile: Satu set chip baru yang direka untuk bersaing dengan Intel Core i5 dan Core i7
Semua sudah, kita beralih dari processor ke RAM. Siapa yang nak tahu precaution sedikit sebanyak tentang RAM tu boleh baca entry yang sebelum ni:
RAM:
RAM (Random Access Memory) ni penting dan saling bantu-membantu dengan processor untuk handle banyak task sekali gus.
Pastikan kita pilih RAM yang tepat kalau nak tukar atau upgrade RAM. Sekurang-kurangnya 2GB diperlukan untuk benda-benda basic.
8GB ke atas adalah disarankan kalau banyak buat kerja-kerja grafik seperti edit video dan sebagainya.
HDD atau SSD?
Biasanya, HDD (Hard Disk Drive) offer storage yang lebih besar: 500GB, 1TB, 2TB. Yang tak bestnya, laptop jadi lagi tebal dan berat. Dah tu, makin panas dan bunyi bising.
Alternatifnya, kita ada SSD (Solid-State Drive) yang direka agar lebih ringan, cepat, sejuk dan senyap. Yang tak bestnya, SSD masih terlalu mahal per GB, jadi, biasanya, ia kurang storage.
Berita baiknya, ada laptop yang hibrid (SSHD)
Graphic Chip:
Kalau kita tak main game...tak buat 3D modeling atau edit video HD, integrated graphics chip dah cukup.
Tapi kalau sebaliknya, processor grafik discrete daripada AMD atau NVidia sangat penting.
Sama macam processor, chip grafik ni didatangkan dengan chip kuasa rendah dan tinggi. Contoh chip grafik daripada Nvidia:
Nvidia GTX 1050 (low-end model)
Nvidia GTX 1050 Ti atau GTX 1060 (mid-range model)
Nvidia GTX 1070 atau 1080 (high-end model)
DVD/Blu-Ray Driver:
Tak semua laptop ada benda ni. Contohnya, laptop untuk gaming biasanya tak perlu optic driver ni sebab semuanya dah boleh download daripada internet dah. CD/DVD ni semua lagilah dah tak perlu.
Tips 6: Ports dan Connectivity
USB 2.0: Sambung external device, game controller, smartphone, MP3 player dan aksesori lain
Tips 7: Bateri
Kalau kita beli laptop yang besar tapi cuma guna atas meja yang dekat dengan soket elektrik, kita tak perlu risau tentang hayat bateri kita.
Sebaliknya, pastikan bateri tu boleh tahan sekurang-kurangnya 7 - 8 jam ke atas (lebih ideal).
Jom kita tengok beberapa contoh laptop yang ketahanan bateri dia 8 jam ke atas.
Battery test boleh dilakukan cuma dengan surf Internet (via Wi-Fi) sampailah charge bateri tu habis diguna. Boleh tengok berapa jam dia tahan.
Tips 8: Brand Laptop yang Dipercayai
Cuba teka apa jenama laptop yang berkualiti?
Mengikut analisis yang dijalankan oleh SquareTrade terhadap 30,000 laptop berdasarkan pelan dan warranty dia orang:
Untuk tiga tahun pertama, 31% daripada laptop owner report kerosakan kepada SquareTrade
2/3 (20.4%) daripada kerosakan berpunca daripada kegagalan hardware
1/3 (10.6%) kerosakan yang dilaporkan sebab kecuaian sendiri
ASUS dan Toshiba adalah jenama laptop yang paling dipercayai, kurang daripada 16% yang mempunyai kerosakan hardware lebih 3 tahun.
Netbook ada kadar failure 20% lebih tinggi berbanding dengan laptop premium.
So, secara ringkasnya, kalau cari laptop yang tahan lama, carilah jenama laptop macam Asus dan Toshiba.
Tips 9: Warranty Laptop yang Lama
Kalau boleh, carilah brand laptop yang offer warranty yang panjang. Biasanya, warranty laptop 1 tahun.
Ada juga warranty laptop sampai 2 - 3 tahun.
Laptop kita adalah yang terbaik kalau syarikat tu siap bagi technical support lepas sale.
Support adalah sebahagian daripada apa yang buat brand laptop tu berbaloi atau setimpal untuk duit yang kita dah keluarkan.
Faktor lain yang perlu diambil kira adalah lokasi service centre. Pastikan service centre tu ada kat bandar-bandar utama.
Ini sebenarnya memudahkan kita tuntut warranty daripada service centre kalau-kalau laptop kita ada kerosakan dalam tempoh warranty.
Tips 10: Tengok Bajet Poket
Kalau kita dah ada pilihan laptop sendiri, jangan lupa nilai tahap kewangan kita.
Kalau bajet kita hanya RM 2,000, tak perlulah kita cari laptop yang harganya RM 3,000 pula.
Carilah laptop yang sesuai dengan tujuan kegunaan dan kemampuan kita.
Jangan lupa bandingkan harga laptop tu kat tempat lain. Kalau malas atau tak ada masa, buka je website jual beli kat internet.
Kita boleh check harga laptop online sama ada melalui Lelong ataupun di Lazada Malaysia.
Sekian sahajalah entry kita berkenaan tips membeli laptop baru untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca dan jadi pengguna bijak :)
Jika ada sebarang masalah berkenaan laptop/PC dan handphone, memerlukan perkhidmatan membaiki dan menukar alat, bolehlah hubungi kami:
再见
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment