Assalamualaikum
大家好
Entry kali ni nak kongsi sedikit sebanyak teknik untuk membersihkan keyboard laptop kita.
Okay, let's jump into it!
1. Matikan laptop
Common sense kot. Nak cakap apa lagi hehe. Penting untuk keselamatan kita juga.
2. Posisi laptop
Pastikan laptop berada dalam kedudukan upside-down. Dalam keadaan macam ni, kotoran yang dibersihkan lebih mudah keluar dengan jatuh.
3. Tekan keyboard
Lepas kita dah terbalikkan, cuba tekan satu-persatu setiap huruf dan aksara (character/symbol) yang ada pada keyboard kita. Kotoran yang melekat akan lebih mudah jatuh lebih-lebih lagi dalam keadaan terbalik.
4. Gunakan berus
Kalau tak ada berus macam dalam gambar tu pun tak apa (over pula...). Macam ni pun dah okay:
Kalau tak ada juga, ada satu cara penyelesaian mudah iaitu dengan menggunakan berus make-up kita (eh...korang yang ladies):
5. Sedut debu
Kalau dapat macam ni dah kira baik dah. Boleh vacuum dengan muncung dia dah siap brush lembut gitu...haaa...
Jangan guna yang bawah ni dahlah, ya?
6. Hair-dryer
Sebelum guna hair-dryer ni, kenalah pastikan yang kotoran sebelum step ni tadi dah pun dibersihkan terlebih dahulu. Kalau tak, makin ke dalam pula kotoran tu dan jadi lagi susah nak bersihkan.
7. Cabut keyboard
Yang last ni tak disarankan untuk yang tak ada experience. So, sebelum cabut keyboard laptop sendiri, pastikan dah browsing terlebih dahulu caranya dengan cari video kat YouTube atau minta bantuan mereka yang pakar dalam bidang komputer dan laptop.
Biar kalau ada kesilapan boleh terus dibaiki. Kalau dah power, barulah buat sendiri.
Mudah kan bersihkan keyboard?
Kalau masih ada sebarang masalah dengan keyboard dan apa-apa komponen berkaitan laptop/PC anda, bolehlah hubungi AAAZ Repair Centre di nombor tertera:
再见
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment