Monday, 27 May 2019

[MESTI TAHU] Function RAM (Random Access Memory)

Assalamualaikum
大家好



Entry kali ni kita nak cerita tentang RAM (Random Access Memory). Apa pula tu? Ada memory pula. Artificial brain ke?



RAM ni kalau kita analogikan dia sebagai meja kerja manakala hard disk kita (internal atau external) sebagai laci meja kerja tu. Application pula kita analogikan sebagai buku.



Lebih besar meja kerja, lebih banyak buku yang boleh diletakkan di atas mejaLebih banyak yang boleh dibaca dan dirujuk pada waktu yang sama.
Sama juga macam RAM, bila kapasiti RAM besar, application pun banyak boleh buka. Smooth.

Buku-buku kita yang tak guna segera, kita akan masuk ke dalam laci (hard disk).

Dalam erti kata lain, RAM ni sama macam memori jangka pendek kita dan hard disk pula memori jangka panjang kita.

So, kita terus kepada fungsinya untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang RAM.

Let's jump into it!


1. Baca Data

Data yang tersimpan dalam hard disk biasanya akan lebih lama ditampilkan sebab boleh dikatakan hard disk ni macam analogi laci tadi.
Dalam hard disk tersimpan banyak data dan perlu waktu untuk cari. Lebih-lebih lagi kalau data alami fragmentation. Untuk cepatkan proses data calling, lepas satu data pertama kali dibuka, data akan dibaca dan disimpan dalam RAM buat sementara.

Macam yang dah jelaskan, RAM berfungsi sangat cepat, bahkan lagi cepat daripada SSD sehingga data yang sedang dibaca dan dibuka dalam sebuah program akan tetap berjalan dan dapat buka balik dengan cepat selagi program tu tak ditutup.



2. Simpanan Sementara


Selain baca data, RAM juga berfungsi sebagai tempat simpan data sementara satu program tu sedang berjalan.

Contohnya, masa klik text kat Microsoft Word atau program lain, maka setiap bait yang ditulis tu akan tersimpan dalam program tu walaupun simpanan tu cuma sementara dan bukan kekal. Dengan simpan data secara sementara pada RAM, so program dapat berjalan lagi pantas dan responsive.
Oleh sebab sifat RAM yang sementara, jangan lupa untuk save data dalam format yang kekal (Save As: Shift + Ctrl + S) sebab kejadian yang tidak diingini macam black out atau hal-hal lain boleh menyebabkan data hilang dan tak boleh akses balik.
Petua seorang yang saya kenal ialah 3S iaitu 'Sikit-sikit save'. Contohnya, bagi student yang menggunakan Microsoft Word bagi aktiviti akademik, lepas setiap perenggan tu kalau boleh save. Bagi yang edit video atau gambar pun sama. Setiap kali perubahan yang kita buat, jangan lupa save. Kalau guna keyboard memang leceh tapi kita ada shortcut iaitu
'Ctrl +S' (Save)

Ukuran RAM

Besarnya RAM akan pengaruhi pada performance atau kecepatan sesebuah PC/laptop tu.

Tengok kat gambar untuk tengok betapa besarnya RAM kita (Installed RAM)

Kalau PC/laptop lambat, check ukuran RAM dalam komputer dan kalau seluruh capacity RAM hampir terisi penuh, so tambah RAM atau upgrade RAM akan cepatkan performance sistem.
Tambah RAM PC yang berkapasiti 1GB atau 2GB tak terasa sangat kalau guna untuk buka beberapa program macam game, gambar, video dan lain-lain. RAM boleh diakses lagi laju, tapi kenapa PC/laptop atau sistem tak simpan semua data dalam RAM?
Alasan utamanya adalah sebab ukuran RAM sesuatu gadget tu selalunya lagi kecil kalau nak banding ukuran hard drive.
Itulah definisi RAM dan fungsi RAM beserta ukuran RAM yang banyak digunakan. Contohnya, dalam sesebuah PC ukuran hard drive boleh capai 10TB sedangkan memori pada RAM maksima dalamnya biasanya cuma capai 8GB, bahkan kapasiti RAM Windows 8 versi Enterprise cuma boleh capai angka maksima 512GB
Sekian sahaja entry kita untuk kali ini. So, dah faham tentang RAM? Kalau dah faham, senang nak pertimbangkan waktu nak beli laptop baru atau dah start nak buat kerja freelance as video editor atau graphic designer, kan?
Kalau masih ada masalah atau sebarang pertanyaan berkenaan komputer sama ada PC atau laptop, boleh sahaja hubungi kami di AAAZ Repair Centre:

再见
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

📣AAAZ REPAIR CENTRE📣

Finding the nearest electronic stores? Mencari kedai elektronik terdekat? Searching for phone repair service near me and...