Assalamualaikum
大家好
Entry kali ni nak kongsi sikit tentang servis laptop atau PC.
PC/laptop adalah keperluan hampir semua orang sekarang, disebabkan perkembangan ICT. So, dengan PC/laptop, semua orang boleh kurangkan kerja sebab guna PC sama ada kerja office atau untuk bisnes.
Semakin lama PC dan laptop diguna, semakin berkemungkinan PC dan laptop kita akan alami masalah. Kita hanya tahu guna je.
Tahu tak kos untuk baik pulih motherboard laptop lebih kurang RM350 - RM500, kosnya agak besar, untuk kurangkan kos pembaikan, laptop mesti servis.
APA AKAN JADI KALAU PC ATAU LAPTOP TAK SERVIS
Laptop tiba-tiba akan jadi slow, kepanasan terlampau, shut down atau restart tiba-tiba, laptop tak dapat hidup.
Punca laptop bermasalah disebabkan chipset kat motherboard tak mampu lagi function sebab tak dapat kawal haba yang dihasilkan, ruang pengudaraan sistem penyejuk ditutup habuk yang halang udara keluar masuk, yang mana sampai satu tahap boleh rosakkan komponen utama motherboard chipset GPU atau CPU.
MACAM MANA CARA MENGATASI MASALAH INI?
Untuk atasi masalah ni kita kena buat servis PC atau laptop sekurang-kurangnya 3 bulan atau 6 bulan sekali, bergantung pada persekitaran tempat kerja kita, kalau kerja dalam keadaan berhabuk atau berdebu, seeloknya buat servis 3 bulan sekali.
Kalau takut nak buat servis sendiri, kami menyediakan perkhidmatan tersebut. Jangan risau!
Jika berminat, boleh hubungi kami di:
再见
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment