Assalamualaikum
大家好
大家好
Entry kali ni kita nak kongsi tentang cara cuci touch screen sedikit sebanyak. Semoga berguna!
Skrin gadget penuh dengan kotoran dan comot? Mungkin skrin kita senang untuk 'tangkap' kesan fingerprint dan kotoran yang ada kat tangan kita.
Skrin gadget penuh dengan kotoran dan comot? Mungkin skrin kita senang untuk 'tangkap' kesan fingerprint dan kotoran yang ada kat tangan kita.
Kita boleh hilangkan kotoran tu. Caranya, cuci dengan cara yang betul. Kenapa perlu cuci? Sebab boleh panjangkan jangka hayat touch screen anda.
Tapi macam mana untuk cuci skrin sesentuh dengan betul?
Let's jump into it!
Cara 1: Guna Kain Microfibre
Cara 1: Guna Kain Microfibre
Berikut adalah beberapa langkah yang kita kena ikut kalau kita nak guna kain mikrofiber untuk tujuan ni:
1. Pilih Kain Mikrofiber Yang Sesuai
Pilihan kain yang digunakan adalah penting untuk jaga touch screen kita. Sesetengah device sediakan kain jenis ni masa kita beli, dan ada juga sesetengah yang tak sediakan.
Kita boleh dapat kain lap ni daripada kedai alat elektronik dan gadget, tapi kalau tak nak, kita boleh guna kain yang datang bersama spec mata kita (kalau pakai). Atau pinjamlah dari orang yang ada.
Kos kain ni beza ikut macam-macam faktor. Sesetengah syarikat akan cakap kita terikat dengan sesuatu brand kain tu, ini yang buat harganya lagi mahal. Kalau tak nak ikut cadangan tu, kita boleh cari mana-mana yang lagi berkualiti.
2. Matikan Device
Okay, lepas kita dah dapat kain mikrofiber yang sesuai dengan device kita, langkah pertama adalah turn off device tu. Lagi mudah untuk tengok mana kotoran kalau device tu dalam keadaan off. Kalau on, mesti susah nak tengok kotoran sebab ada cahaya.
3. Lapkan Skrin Sepintas Lalu
Lapkan touch screen kita sepintas lalu, dengan lap keseluruhan permukaannya. Ini boleh buang kebanyakan kotoran yang jelas nyata ada pada permukaan skrin kita.
4. Lembapkan Kain Kalau Perlu
Kalau nak effect yang lagi baik, lembapkan kain tu masa lap skrin device tu. Kadang-kadang, cara ni lagi efektif kalau banding dengan tak basah.
Kalau kain mikrofiber kita sekali dengan panduan atau manual, baca dulu dan ikut apa yang ada kat dalam. (Abaikan langkah ini)
Kalau nak lembapkan kain, pastikan kita guna solution (larutan) yang sesuai untuk touch screen. Biasanya, orang akan guna alkohol.
5. Keringkan Skrin
Dah cuci, lap untuk keringkan skrin tu. Jangan lap terlalu kuat. Kalau masih ada sikit kesan lembap kat skrin tapi tak boleh hilang dengan lap, biarkan kering sendiri.
Jangan tekan terlalu kuat masa lap skrin tu. Ingat tu!
6. Basuh Kain Mikrofiber yang Digunakan
Dah cuci skrin, tibalah pula masa untuk cuci kain mikrofiber. Rendamkan kain tu dalam air sabun. Seeloknya guna air suam. Gosok kain tu untuk hilangkan kotoran atau bekas alkohol (kalau guna).
Lepas rendam, elak daripada perah. Biarkan je kering sendiri.
Cara 2: Basmi dengan Gel Alkohol
Cara 2: Basmi dengan Gel Alkohol
Cara ni memang terbaik kalau nak basmi kuman yang ada kat touch screen kita. Sebab banyak kuman yang ada kat touch screen device kita tu, lebih-lebih lagi kat smartphone.
Kalau minat dengan kaedah ni, berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Dapatkan gel alkohol.
2. Ambil tuala yang bersih, ataupun paper towel.
3. Letakkan gel sikit pada kain tu.
4. Sapu kat permukaan touch screen dengan berhati-hati.
5. Lap kotoran dan lebihan gel yang tinggal dengan kain mikrofiber (atau tisu bersih).
6. Siap!
Itu sahaja entry kita untuk kali ini. Terima kasih sebab sudi baca blog ni. Kita jumpa lagi di entry yang seterusnya!
再见
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment