Thursday, 30 May 2019

Jom Test Power Supply!

Assalamualaikum
大家好


Entry kali ni kita nak kongsi tentang PSU (Power Supply Unit)

Test power supply PC berguna untuk tahu output voltage berapa volt, serta berguna untuk tahu normal atau tak suatu PSU (Power Supply Unit).

Kita boleh test PSU tanpa CPU (Central Processing Unit), dalam erti kata lain, dipisahkan daripada CPU.


Kalau kita dapat power supply baru, entah tu second hand ke apa, mesti kita nak test, kan? PSU ni function ke tak. Atau contoh kalau tiba-tiba komputer kita mati tanpa sebab, mungkin kita fikir ada rosak kat power supply kita sebab bila tekan button power PC, tak nyala. Sebab tulah kita akan bagi tips cara nak check power supply dah rosak ke belum.

Let's jump into it!



Persediaan:

Untuk buat test ni, alat yang kita mesti ada adalah:

Power Supply


Paperclip

Kipas (fan) PC


Check Functionality Power Supply:

Lepas yang atas cukup, sekarang masanya kita test sama ada PSU yang kita punya masih berfungsi baik atau tak. 

1. Pastikan PSU tak ada current elektrik. Cabut cable power untuk keselamatan supaya tak terkena renjatan. Walaupun hakikatnya current kat PSU dah diset tak begitu besar tapi lagi baik kalau kita standby


"Mencegah lebih baik daripada mengubati."


2. Ambil paperclip yang kita dah siapkan, kemudian bentukkan macam huruf 'U'


3. Ambil cable pin-24 kat power supply, kemudian cari cable warna hijau dan hitam. Hijau untuk gerakan kipas PSU dan hitam untuk ground elektrik.


4. Masukkan kedua-dua hujung paperclip ke lubang cable hijau dan hitam tadi.


5. Connectkan power supply ke elektrik dan nyalakan. Kalau performance power supply masih bagus, sepatutnya fan yang ada kat power supply akan berputar. PERINGATAN: Jangan sentuh paperclip masa power supply dah connect dengan elektrik.


Mudah kan cara test functionality power supply ini? Tapi kalau masih rasa kurang yakin, kita boleh test connection power supply terhadap hard disk, tapi untuk selamatkan hard disk, kita boleh ganti dengan kipas (fan) PC. Pastikan kipas yang dipakai berupa 4-pin sama macam cable untuk hard disk, kalau tak boleh je beli sambungan dari 2-pin ke-4 pin.


Sebelumnya, jangan lupa cabut current elektrik supaya selamat.

Safety First!

Terus kita pasang fan ke power supply dan nyalaan aliran elektriknya.

Voilà!

Sekian sahaja entry kita untuk kali ini mengenai Power Supply. Kalau masih tak dapat tangkap lagi cara-cara ni, atau ada sebarang masalah berkaitan PC/laptop, bolehlah hubungi kami:



再见
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

📣AAAZ REPAIR CENTRE📣

Finding the nearest electronic stores? Mencari kedai elektronik terdekat? Searching for phone repair service near me and...