Friday, 17 May 2019

[BASIC] Cara Penggunaan CCleaner

Assalamualaikum
Hari ini nak kongsi sedikit sebanyak tentang penggunaan asas CCleaner. Taklah susah mana dan penting untuk performance PC atau laptop kita.

Okay, tak nak buang masa. Let's jump into it!


Step 0: Mestilah kena download dan install CCleaner, ye tak? Boleh klik link CCleaner kat atas tu atau pergi ke website dia orang dan cari keyword 'Download'.


Cleaner Tab:
Bila kita buka CCleaner, ini default tab yang akan terbuka. Dan sub dia ialah Windows.


Kita boleh pilih fail mana untuk tak delete. Yang tick tu semua delete.  Semua benda yang tak penting dan temporary files yang tak guna. Jangan risau. Dia tak touch benda-benda penting yang ada dalam PC atau laptop kita.

Applications Sub-Tab:
Kita beralih pula kepada tab yang seterusnya. Sama juga macam sebelumnya. Yang mana kita tak nak delete, kita uncheck/untick.

Analyze:
Tekan butang ni kat dua-dua tab 'Windows' dan 'Applications' (kemudian) untuk kita buat analisis tentang apa yang perlu dibuang.

Analysis Complete:
Itu dia senarai benda yang akan dibuang

Clean:
Kalau okay, kita proceed je untuk clean. Butang 'Clean' ada pada anak panah merah seperti yang ditunjukkan dalam gambar (terlindung dengan facecam founder AAAZ yang buat video tutorial)

Cleaning Complete:

Registry Tab:
Kita beralih kepada tab besar seterusnya iaitu 'Registry'

Scan for issues:
Tekan butang ini

Fix:
Seperti yang sebelumnya, butang 'Fix' berada pada kedudukan yang ditunjukkan oleh anak panah merah seperti dalam gambar.

Setelah itu, akan keluar dialog box seperti ini:

Dia akan minta kita untuk buat backup pada registry dan setelah kita klik 'Yes', kita akan pilih lokasi registry back-up akan disimpan

Setelah itu, akan keluar dialog box untuk 'Fix'. Ini bergantung kepada tick box kita sebelum itu. Kalau semua tick box kita bertanda, 'Fix Issue' sahaja sudah mencukupi. Tapi kalau ada sebahagian tick box yang tidak bertanda (kita tak nak delete), 'Fix All Selected Issue' boleh membantu.

Apabila 'Issue Fixed', boleh tutup

Tools Tab:
Kita beralih kepada tab seterusnya iaitu 'Tools'. Kat sini ada banyak sub-tab dan sub-tab pertama yang terbuka ialah 'Uninstall'

Kat sini kita boleh uninstall mana-mana software yang kita rasa tak pernah guna, macam pernah guna dulu dan hmmm...tak guna kot. Menambah kembali memori hard disk kita dan melajukan performance.

Startup:
Sub-tab seterusnya ini merupakan senarai software yang akan launch setiap kali kita start PC atau laptop. Contoh, yang selalu kita nampak ialah 'Spotify' bagi penggemar lagu dan 'Steam' bagi penggemar games. Kalau terlampau banyak startup ni, PC atau laptop kita akan lambat start dan performance jadi kuranglah bila macam tu.

Klik je mana-mana startup yang tak perlu dan klik 'Disable'

Okay, itu sahaja sedikit sebanyak tentang penggunaan asas CCleaner.



Jangan lupa subscribe blog ini dan channel YouTube 'AAAZ Supply & Services' dan follow social media kami seperti yang tertera di bahagian atas blog ini (Facebook, Instagram, Whatsapp)

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

📣AAAZ REPAIR CENTRE📣

Finding the nearest electronic stores? Mencari kedai elektronik terdekat? Searching for phone repair service near me and...