Thursday, 16 May 2019

3 Cara Simple Nak Halang Virus Laptop


Assalamualaikum

Selama kita gunakan internet, mesti dah beberapa kali komputer terkena virus semasa melayari internet. Betul tak? Siapa yang ada komputer atau laptop digalakkan install antivirus supaya lebih selamat.

Tak kisahlah kalau kita guna perisian antivirus atau hanya gunakan perisian Windows Defender atau BitDefender, kita perlu sedar ada berbagai-bagai cara yang menyebabkan komputer atau laptop kita senang dijangkiti virus durjana ini.

Dengan sedikit tutorial, kita boleh menghindari virus dan malware. Pengalaman melayari internet kita akan lebih menyenangkan.

Let's jump into it!



1. BROWSER YANG SECURE


Siapa lagi yang masih guna IE (Internet Explorer)? Setiap aplikasi lebih-lebih lagi pelayar internet perlu diupgrade dari semasa ke semasa dalam bentuk patch atau versi terkini untuk membaiki bug pada versi lama serta menambah baik feature yang sedia ada. Begitu juga, dengan combatting against virus dengan meningkatkan tahap keselamatan.

Social media account, online banking, online shopping atau mana-mana laman web yang menggunakan maklumat sensitif sentiasa menjadi sasaran hacker untuk mencuri maklumat kita.



Sentiasa update browser anda apabila dialog box untuk update keluar dan jangan bertangguh.

Sentiasa tengok website punya URL, jika mencurigakan terus padam.

Jadi, pilih browser yang lebih selamat, pantas dan mudah digunakan untuk keselamatan kita. Sebagai contoh, Google Chrome, Mozilla Firefox dan Microsoft Edge.


2. JANGAN HIRAUKAN IKLAN POP-UP YANG BERKAITAN DENGAN SECURITY



Sangat mengelirukan lebih-lebih lagi bagi pengguna yang jarang menggunakan komputer. Iklan sebegini masih muncul di skrin komputer kita walaupun kita menggunakan perisian antivirus yang berbayar.

Kalau pop-up seperti ini muncul, kita abaikan (jangan tekan apa-apa) dan padam browser tab kita.



3. BUTANG DOWNLOAD PALSU

Perkara seperti ini ada di mana-mana sahaja. Kebiasaannya, berada di laman web yang khusus untuk download. Kalau kita pernah ke laman-laman web yang menyediakan movie cetak rompak, kita pasti dapat melihatnya. Mereka menjanjikan movie yang paling terkini dengan resolusi HD sedangkan tidak logik pada waktu itu sudah keluar versi digital movie tersebut. Berkemungkinan besar butang yang tertulis perkataan 'Download' itu tak bermaksud seperti yang kita fikirkan.

Apa yang akan jadi apabila ditekan? Boleh jadi kita download sesuatu yang tak diingini seperti malware.

Hal ini merupakan trik atau muslihat yang sering digunakan oleh hacker untuk mengumpan beberapa pengguna komputer sasaran seperti penyimpan koleksi movie cetak rompak. Bukan sahaja hacker, terdapat juga mereka yang mahu membuat untung lebih dengan ads (advertisement) yang ditekan tanpa pengetahuan kita.

Fikir dahulu sebelum tekan:

Website yang familiar/selalu guna?
Percayakan website tersebut?
Sudah periksa URL bar browser kita dan lihat ke mana kita sedang 'dibawa'?
Adakah font yang digunakan website tersebut sama/seragam?



Jika masih rasa ragu-ragu, kita boleh gunakan perkhidmatan di laman web Norton Safe Web. Boleh klik pada link ini untuk mencuba. Masukkan link blog ini untuk mengesahkan jika blog ini ada sebarang ancaman dalam bentuk malware dan sebagainya.

Sudah klik link tersebut?

Apa kata Encik Norton? Selamat tak blog ni?

BONUS: JANGAN KLIK SEBARANG LINK
Jika anda terjumpa link yang mencurigakan, jangan klik kerana anda mungkin dibawa ke website yang mencurigakan atau secara tidak sengaja telah mendownload. Sama seperti BUTANG DOWNLOAD PALSU.

Begitulah tips-tips yang dapat kita kongsikan pada hari ini. Semoga experience kita melayari internet akan menjadi lebih senang dan tenang.

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

📣AAAZ REPAIR CENTRE📣

Finding the nearest electronic stores? Mencari kedai elektronik terdekat? Searching for phone repair service near me and...