Thursday, 20 June 2019

5 Cloud Storage Pilihan AAAZ Untuk 2019


Assalamualaikum
大家好


Entry kali ni kita nak kongsi tentang 5 cloud storage pilihan AAAZ Repair Centre untuk tahun ini (2019)

Zaman sekarang ni memang dah tak boleh lari dah. Semuanya data...data...data...

Bagi penulis sendiri yang dah pernah melalui zaman disket:


Zaman CD-R:



Zaman CD-RW:


Disketlah yang paling legend tu. Tak tahulah budak sekarang kenal ke tak. Sekarang ni DVD je semua. CD dah tak banyak. Orang tengok macam sama je, kan? Tapi cara untuk baca data bagi CD dan DVD lain-lain.

Sampailah sekarang ni, USB flash drive. Atau kita lebih kenal dengan nama pendrive.

Dan hampir 10 tahun kebelakangan ni sejak cloud storage mula dipopularkan antara pengguna marhaen internet.

Semuanya sebab lambakan data dan informasi.

Kat sini kita akan perkenalkan lima yang menjadi pilihan penulis dan sebab-sebabnya.

Let's jump into it!

1. pCloud


pCloud ni bolehlah dikatakan baru dalam arena 'awan mendung yang berarak' ni tapi semakin laju berkembang sebagai servis cloud storage. pCloud ni tubuh tahun 2013 kat Switzerland dan cuma dalam tiga tahun setengah dia orang dah ada 7 juta yang guna servis dia orang satu dunia.
Apa yang buat pCloud jadi pilihan pertama penulis ialah desktop app pCloud Drive tak guna storage computer secara default. By the way, kalau nak transfer files daripada Dropbox to pCloud, dengan beberapa klik je dah lepas; 100% automatik, dan selain itu, dapat account 10 GB free.


pCloud ada smartSync yang dia bagi kat semua user dia free je. Apa yang kita kena buat cuma drag-and-drop satu file dalam pCloud Drive dan bila dah upload ke cloud kita boleh delete file asal daripada PC/laptop. Lepas tu, kita tak payah download atau buat apa-apa untuk guna. Boleh buka bila-bila dan dia tetap ada kat situ tanpa ambil sikit pun ruang storage dalam PC/laptop kita.
pCloud Drive tambah storage ke PC/laptop kita dan berlakon macamlah dia tu hard drive tapi versi virtual (maya).
Dan dah tentulah dah namanya cloud storage, file kita tu boleh akses kat device lain yang kita ada. Contohnya, app kat phone dan versi browser.
Cakap tentang app, ada satu feature bernama 'Free up storage'. Lepas kita on 'Automatic upload' yang upload semua gambar dan video sama ada yang lepas atau akan datang kat phone kita, kita boleh delete semua file yang dah upload ke cloud cuma dengan satu touch je. So, tak ada lagi masalah low memory kat phone.
Kita boleh share file dan folder dengan ramai orang macam servis cloud storage yang lain juga. Kita boleh tambah password dan expiry date kat link tu. Dan kita siap boleh tengok stat traffic dan berapa ramai orang yang dah download daripada link. Okaylah kalau kita memang buat akaun tu untuk share banyak benda dan nak keep track.


Feature lain yang menarik ialah 'Remote Upload'. Kalau kita ada direct link ke satu file, kita cuma paste link tadi dalam pCloud Upload Manager (versi web browser) dan file tu automatik upload ke akaun pCloud dengan speed server sendiri (server pCloud download file daripada source server dan pusat data ada internet yang sangat laju. Sampai boleh download video 1GB kurang daripada seminit)
Last but not least: Security.
pCloud ada satu paid feature ni yang dipanggil 'pCloud Crypto' yang mana ia merupakan add-on untuk client-side encryption. Maksudnya, apa je yang kita letak dalam folder pCloud Crypto kita, akan di'encrypt' kat device kita dan dia orang simpan file yang encrypted je. Dalam erti kata lain, tak ada orang lain selain kita yang akan tahu apa benda dalam folder tu. Kalau simpan private data, password atau apa jenis dokumen penting, ni kira molek dah.

pCloud cabar hacker satu dunia cuba hack untuk reward $100,000 tapi tak ada siapa yang boleh buat!



Free quota: 10GB
Plans: 500GB — $3.99/month
500GB — $175, one-off payment, lifetime plan
2TB — $7.99/month
2TB — $350, one-off payment, lifetime plan
Crypto — $3.99/month
Crypto — $125, one-off payment, lifetime plan


2. Google Drive
Siapa tak kenal mamat bernama Google ni? Ada je kat mana-mana, tak kira masa. Semua benda dia nak sapu.
Google Drive ialah benda pertama yang kita akan terfikir bila kita cakap tentang cloud storage. Satu feature yang cool, lebih-lebih lagi untuk kita yang banyak menulis dan menaip, ialah Google Docs ada function speech-to-text. Maknanya, tulis artikel dah jadi makin mudah.
Google Drive bagi initial storage 15GB, share antara servis Drive, Gmail dan Photos.
Last but not least, Google Drive ada integration dengan banyak apps yang kita biasa guna sehari-hari so ni advantage yang paling besarlah kalau nak banding servis cloud storage yang lain.
Interface sangat clean. Apps dan versi web pun sangat mudah untuk guna. Kita ada function drag-and-drop yang banyak membantu kita organize akaun kita cuma dengan beberapa klik je.
Kita boleh share file dan folder. Dah tu, boleh set permissions yang berlainan untuk orang yang berlainan.

Google Drive kat desktop dah ada semuanya, sebijik macam web version tapi kekurangannya ialah bila sync semua file dia simpan locally so dia makan storage.
Free quota: 15GB
Plans: 100GB — $1.99/month
1TB — $9.99/month

3. box
Pakej yang free bagi 10GB. Storage banyak tu bunyi macam best tapi Box limitkan upload size untuk file sampai 250MB untuk free account so kalau nak hantar file besar —  video, file design yang besar dan sebagainya  tu hambar sikitlah.
Interface dan design semua apps dia kat platform yang berbeza sangat clean dan sleeq (slick, cool betul).
Function dia lebih sesuai untuk bisnes, senang nak buat kerja dan organize file. Dengan web version, kita boleh create dan edit file sama ada dalam Microsoft Office atau Google Docs online je dengan plug-in Box yang free.
Satu benda yang bagus tentang Box adalah dia integrated dalam kebanyakan apps yang orang selalu guna dalam bisnes.
Servisnya pula rasa begitu pantas walaupun connection wi-fi kita tak berapa bagus.
Free quota: 10GB
Plans: 100GB — €4/month
Unlimited storage — €12/month

4. OneDrive
OneDrive ada dengan setiap komputer baru yang ada Windows 10 kita beli  —  tak perlu nak install apa-apa. Integrated untuk semua apps Microsoft Office dan agak senang untuk biasakan diri guna.
Dia orang ada apps untuk semua jenis device dan web version pun senang lak aihh nak guna.
Dengan Premium, kita bukan je boleh dapat lagi banyak storage tapi traffic limit pun tinggi sikit.
Satu benda yang cool ialah dengan Windows 10 update, OneDrive perkenalkan selective-sync yang bermaksud bukan semua folder dalam akaun kena sync dan guna storage hard disk kita. Tapi untuk guna file, masih kena sync.
Kalau privacy merupakan major concern kita, ingatlah yang Microsoft reserve right untuk scan file kita untuk cari apa yang boleh jadi content yang menyalahi undang-undang. Boleh jadi barang-barang copyright atau yang explicit.
Free quota: 5 GB
Plans: 50 GB — $1.99/month
1 TB — $6.99/month

5. Mediafire
Kita mungkin ada teringat yang MediaFire sekadar servis file-sharing tapi dia orang beralih arah dan create dia orang punya servis cloud storage sendiri.
Dia orang tak banyak beza sangat dengan semua servis cloud storage yang kita dah sebut sebelum ni. Kita boleh share file dan folder, yang mana basic cloud storage generally.
File manager. Kita boleh organize file dan folder dengan sangat mudah. Lagi pula, kita boleh control access file dan folder tu kat semua device.
Satu yang kena sebut kat sini adalah kita takkan sampai limit bandwidth tak kisahlah berapa popular link-link kita tu. Itu isu yang cloud storage lain jaga betul-betul.
Last but not least, one-time links. Kita boleh share file guna one-time link dan orang yang terima link tu takkan boleh share link tu dengan siapa pun. Perfect untuk data sensitif dan personal atau dokumen kerja.
Sama juga macam pCloud, MediaFire pun support remote upload tapi kat sini cuma untuk Premium.
Tapi bertabahlah, link yang kita share bila ada free account penuh dengan ads.
Free quota: 10 GB
Plans: 1 TB — $7.50/month


Okaylah. Itu sahaja entry kita untuk kali ni.


再见
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

📣AAAZ REPAIR CENTRE📣

Finding the nearest electronic stores? Mencari kedai elektronik terdekat? Searching for phone repair service near me and...