Monday, 24 June 2019

Melaka Kembangkan Lampu Isyarat Pintar SGW

Assalamualaikum
大家好



Entry kali ni nak cerita tentang lampu isyarat pintar yang kerajaan Melaka nak kembangkan dengan guna teknologi ‘Synchronize Green Wave’ (SGW) kat semua jalan utama Melaka.

Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab (EXCO Kerja Raya) cakap yang perkara ni hasil daripada susulan kejayaan projek perintis penggunaan sistem tu kat persimpangan bertingkat Ayer Keroh dan Padang Jambu.

Katanya, pemasangan lampu isyarat tu akan dibuat secara berperingkat tapi fokusnya kat highway AMJ (Alor Gajah - Melaka - Jasin, SPA (Sungai Udang - Paya Rumput - Ayer Keroh) dan laluan utama lain Melaka.

“Kita dah nampak impak positif pengurangan traffic jam kat simpang utama highway Ayer Keroh yang terbukti dapat pendekkan masa perjalanan lebih-lebih lagi untuk ke pusat bandar.


“Teknologi SGW mampu kurangkan masa menunggu setiap lampu isyarat sebab rangkaian sistem mampu dikawal melalui pusat kawalan di Jabatan Kerja Raya (JKR), Bahagian Elektrik Melaka,” katanya hari ini.

Katanya, kerajaan negeri peruntukkan RM500K untuk bangunkan sistem tu.

Katanya lagi, ia termasuk naik taraf sistem kawalan lampu isyarat, aspek sistem lampu LED, gegelung pengesan, tiang ‘overhead’, sistem pendawaian dan sistem kawalan berpusat lampu isyarat pintar.


Mohd Sofi kata, sistem pintar tu bolehkan trafik terus berjalan tanpa perlu berhenti kat setiap simpang sebab laluan lampu hijau dapat diselaraskan ikut jarak dan kelajuan kereta.

Selain tu, usaha UTeM untuk bangunkan sistem lampu isyarat pintar dikenali sebagai ‘SD-Traffic Light’ atau ‘lampu isyarat paparan tunggal’ juga disambut dengan baik.

“Walau macam mana pun, sampai sekarang kerajaan negeri belum terima apa-apa maklumat tentang pembangunan dan keberkesanan sistem yang dibangunkan UTeM tu.

“Kalau dapat berikan kesan yang baik, mungkin boleh bagi peluang untuk test dalam situasi sebenar kat simpang lampu isyarat,” katanya.



Sementara tu, Jurutera Elektrik JKR, Mohd Fithrie Hisnin kata, model sistem yang dirangka akan diguna kat beberapa lokasi tumpuan utama Melaka untuk atasi keluhan pengguna jalan raya.

“Sebanyak sembilan simpang sepanjang highway AMJ mula dari simpang Melaka Sentral sampai simpang Tesco Cheng akan dipasang sistem tu yang dijangka mula September ni.

“Projek naik taraf lorong jalan juga akan dibuat untuk mudahkan pengasingan kereta yang nak membelok ada kat lorong betul,” katanya.

Nampaknya itu sahaja entry kita untuk kali ni.


再见
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

📣AAAZ REPAIR CENTRE📣

Finding the nearest electronic stores? Mencari kedai elektronik terdekat? Searching for phone repair service near me and...