Monday, 17 June 2019

Internet LAJU! Wow! Macam Mana?


Assalamualaikum
大家好



Entry kali ni nak kongsi tentang tips melajukan internet!

Wow!

Macam best, kan?


Hakikatnya tak susah.
Walaupun tak susah, masih ada yang salah faham tentang istilah nak lajukan internet ni. Kita tak perlu jadi seorang yang power komputer pun.
Yang perlu kita buat adalah periksa masalah umum kat modem/router dan laptop kita sendiri.
Semudah tu je sebenarnya.
Let's jump into it!

1. Check Setting dan Posisi Modem/Router

Ini perkara pertama yang kita kena buat sekarang. Check sama ada Wi-Fi kita ada password atau pun tak ada.
Ada letak password?
*****************
Kadang-kadang kita mungkin terlupa nak simpan password Wi-Fi kita.
Akibatnya?
Dah tentu orang sebelah dapat guna Wi-Fi kita free-free. Ini faktor utama line internet jadi lembab.
Tapi…
Sebelum kita nak salahkan orang lain, pastikan kita siasat dulu. Tak baik tuduh kalau tak ada bukti depan mata.
Jadi, macam mana caranya?



Kita boleh guna software free (freeware) macam Wireless Network Watcher untuk tujuan ni.
Router yang terlalu panas turut menyumbang kepada line internet yang tak stabil. Selalunya line sesedap rasa je terputus-putus masa guna.
Mungkin kedudukan router yang dekat dengan tingkap menyebabkan terdedah kepada panas terik matahari.
Kalau boleh ubah kedudukan router kat tempat yang terlindung daripada punca cahaya matahari ni.
Selain tu, router yang agak jauh daripada device (telefon dan laptop) kita pun boleh jadi punca.
Biasanya isyarat Wi-Fi tak berapa kuat dan tak berapa stabil kalau terlalu jauh. Cuba alihkan kedudukan router supaya dekat sikit dengan device yang kita guna.
Ingat!
Sesetengah barang elektronik kat rumah kita macam:
Peti sejuk
Speaker
Telefon jenis cordless
Pembuka pintu garage


…pun kacau isyarat Wi-Fi. Jangan ambil mudah perkara ni.
Seboleh-bolehnya letakkan router jauh daripada alat elektronik ni. Ada modem/router yang memang sensitif dengan benda macam ni.

Dalam kenangan...RIP Huawei

Sekiranya semua cara kat atas masih tak berjaya, kita boleh tutup (off) modem/router kita selama 5 minit.
Lepas tu, buka semula (on) dan test speed internet balik.


2. Malware


Percaya tak?
Malware yang ada dalam PC kita pun jadi punca kepada line internet jadi SELOW.
Somake sure kita ada antivirus yang berkualiti. Setakat ada antivirus je masih tak cukup. Kena rajin update antivirus juga.
Sebab apa?
Supaya malware yang bersaranghae dalam laptop kita dapat di'trace' dan dihapuskan. Buat scanning sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Caranya?
Senang je.
Check laptop kita. Tengok apa antivirus yang kita guna sekarang.
Kita akan tunjukkan cara update dan scan hard drive laptop.
Contoh antivirus ni diambil daripada Microsoft Security Essentials.
Contoh je sebab tak tahu apa jenis antivirus yang kita semua guna sekarang. Ada macam-macam.
Buka Microsoft Security Essentials di taskbar (dekat dengan jam dan tarikh). Lepas itu klik tab Update dan klik Update definitions macam gambar bawah ni:
Tunggu proses update definitions sampai habis.
Lepas settle, tekan tab Home, pilih Quick pada Scan options, dan klik Scan now.
Proses scanning tengah jalan sekarang. Bergantung kepada saiz storage hard drive dan kelajuan komputer, masa yang diperlukan untuk siap mungkin lebih kurang 5-10 minit.
Kalau Quick scan tak detect apa-apa malware, pilih pilihan 'Full scan' sekarang.
Kenapa kena buat dua kali?
Sebab, kadang-kadang masa kita guna Quick scan, ada malware yang mungkin terlepas pandang masa scan.
So fungsi 'Full scan' ni lebih kepada detect malware yang bersembunyi jauh ke pelusuk dalam fail-fail kita.
Kalau antivirus tak jumpa apa-apa, yang bawah ni akan muncul:

3. Check free space hard disk laptop

Bila kali terakhir kita check free space laptop kita?
Berapa banyak lagi yang tinggal?
Kalau free space hampir full, sila transfer data yang kadang-kadang kita gunakan tu ke tempat lain.
Caranya?
Dengan cara simpan ke USB atau padam data yang tak perlu tu.

4. Susun Data Sekemas Mungkin
Buat defragmentation hard disk.
Ini mesti buat sebulan sekali. Akan tingkatkan prestasi overall laptop dan lancarkan connection internet.
Kita juga boleh guna software free macam Smart Defrag 6 untuk task ni.
Ingat!
Kalau guna SSD, tak perlu pun susun data kita.
Sebab apa?
SSD tak ada bahagian mekanikal yang bergerak dan jangka hayat SSD akan pendek kalau defragmentation hard disk ini dibuat.
Ya, OS Windows 7, 8/8.1 dan 10 ada alat untuk defragment hard disk ni. Kat sini nak tunjuk penggunaan Smart Defrag 6.
Mudah.
Kalau berkenan, boleh download kat website rasmi dia orang.
Dah habis, install software ni macam biasa. Program ini akan terbuka secara auto lepas siap pasang.
Apa yang perlu kita buat cuma tekan butang Smart Defrag.
Proses defragment hard disk ni biasanya tak ambil masa lama.
Proses defragment hard disk yang dah selesai. Sangat mudah dan pantas.

5. Upgrade RAM Semaksima Mungkin

Laptop yang terlampau uzur juga menyumbang kepada masalah ni. Mungkin selama ni kita cuma guna 1 atau 2 GB RAM je.
Kalau ada bajet, kita boleh upgrade RAM kepada 4 GB atau lebih, bergantung kepada support maksimum RAM laptop kita.
OK, macam mana nak tahu berapa besar RAM yang kita guna sekarang ni?

Tekan logo Windows + R kat keyboard untuk buka application Run.




Scroll ke bawah, akan ada tertulis Installed Physical Memory (RAM).
Haa...itulah dia...

Hmmm...macam panjang pula entry kali ni...
Kita buat Part 2 lah...insya-Allah akan update kat sini lepas dah publish entry tu... :)

Kalau ada sebarang masalah berkaitan laptop/PC, boleh hubungi kami yang pakar dalam bidang Motherboard ni


再见
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

📣AAAZ REPAIR CENTRE📣

Finding the nearest electronic stores? Mencari kedai elektronik terdekat? Searching for phone repair service near me and...