Tuesday, 18 June 2019

[PART II] Internet LAJU! Wow! Macam Mana?


Assalamualaikum
大家好


Entry kali ni kita nak sambung yang entry lepas iaitu macam mana nak dapat internet laju

Wow! (Hambar dah second time)

Jom kita review balik daripada Part I:

Internet Laju! Wow! Macam Mana?


1. Check Setting dan Posisi Modem/Router


2. Malware 


3. Check free space hard disk laptop


4. Susun Data Sekemas Mungkin


5. Upgrade RAM Semaksima Mungkin


Harap masih ingat lagilah. Tak sampai sehari pun...

Tunggu apa lagi? Let's jump into it!

6. Buang Add-ons, Extensions dan Plug-ins.






Apa browser yang kita guna sekarang?

Mozilla Firefox atau Google Chrome?

Ya, add-ons dan plugins memang bagus. Tapi ada sesetengah daripadanya boleh dinyahaktifkan kalau jarang-jarang digunakan.
Kalau dah terlampau banyak pun tak bagus untuk PC/laptop.




1. Cara tutup add-ons Firefox, pergi ke Tools > Add-ons dan disable kedua-dua add-ons dan plugins. Restart Firefox.

2. Cara tutup add-ons Chrome, pergi ke Customize > Tools > Extensions dan disable plugins yang tak perlu. Restart Chrome.



7. Guna Google Public DNS

DNS bermaksud Domain Name System. DNS tu nama sistem untuk komputer, website dan lain-lain yang connect ke internet.
Basically, dia translate nama host ke dalam alamat IP untuk kesan komputer dan website kat internet.
Contohnya, semua website macam Google, Facebook dan website yang lain ada alamat IP dia orang sendiri dan server komputer guna alamat IP ni untuk cari website dan buka kat browser kita.

8. Telefon Penyedia Perkhidmatan Internet
Kalau semua kat atas dah dibuat tapi line masih lembab, ada kemungkinan line telefon kita yang problem.
Cuba angkat telefon kalau-kalau line telefon ada noise.
Cuba telefon atau call member dan sembanglah (apa je) untuk kesan masalah bunyi bising.
Ambil masa 1-2 minit, bagi perhatian kat bunyi 'buzz' yang mungkin wujud masa perbualan.
Kalau member kita pun dengar bunyi bising tu, maksudnya gangguan line kita agak kritikal.
Jangan buang masa, terus call '100' kat 'Bahagian Teknikal' dan report masalah yang kita alami.
Kalau masalah masih berulang, langkah seterusnya adalah tukar modem/router anda.

Okay, sekian sahajalah untuk entry kali ni. Panjang lebar tajuk perkongsian kita kali ni. Sampai ada dua part.

Kalau ada sebarang masalah berkenaan PC/laptop, bolehlah hubungi kami:


再见
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

📣AAAZ REPAIR CENTRE📣

Finding the nearest electronic stores? Mencari kedai elektronik terdekat? Searching for phone repair service near me and...