Wednesday, 12 June 2019

[PENDAPAT] USA Beri 12 Drone PERCUMA, Malaysia Harus Waspada


Assalamualaikum
大家好


Entry kali ni kita nak bincang tentang isu semasa yang mana USA bagi 12 maritime (navy) surveillance drone percuma kepada Malaysia.



Malaysia (Putrajaya) diingatkan agar hati-hati terima 12 drone (UAV) ScanEagle melalui program yang fully-sponsored oleh government USA sebab takut-takut pihak sana ada niat tersembunyi.



Kementerian Pertahanan sahkan bahawa melalui program Maritime Security Initiative (MSI), kerajaan dah dapat drone dengan value RM80 juta yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan USA.


Selain Malaysia, beberapa negara lain yang ada kat kawasan sekitar Laut China Selatan pun terlibat dengan program tersebut, termasuk Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Drone model UAV ScanEagle tu dibuat oleh anak syarikat Boeing, Insitu Inc.

Berdasarkan kenyataan website The Defence Post, drone tu boleh terbang selama 20 jam dan boleh guna untuk misi espionage (spy), peninjauan dan pemantauan.

Walau macam mana pun, terserahlah kat kerajaan sepenuhnya untuk nilai dengan mendalam.

Sementara tu, ada yang berpendapat tak ada sebarang masalah kalau kerajaan terima drone tu.


Ada juga nampak 'hadiah' tu tak buatkan kerajaan tunduk kat USA selaku satu kuasa besar.

Ada juga yakin kerajaan ada pro dan pakar untuk tengok kalau drone tu ada fungsi yang meragukan macam dapatkan pangkalan data (database) daripada kerajaan.

Nampaknya, setakat itu jelah yang dapat kita kongsi buat masa ni. Kalau ada apa-apa update, insya-Allah akan bagi tahu kat FB.


再见
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

📣AAAZ REPAIR CENTRE📣

Finding the nearest electronic stores? Mencari kedai elektronik terdekat? Searching for phone repair service near me and...