Friday, 14 June 2019

Takut Kena Rakam? 2 TIPS CEPAT Untuk Kesan HIDDEN CAMERA

Assalamualaikum
大家好


Entry kali ni nak share tentang hidden camera. Haa...ni biasa dah zaman sekarang ni.

Seram, kan?

Lebih-lebih lagi dengan kes baru-baru ni yang melibatkan politik yang kita tak nak masuk campur dalam blog ni.

Let's jump into it!


Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber, CyberSecurity Malaysia, Dr Aswami Fadillah Mohd Ariffin kata ada dua kategori hidden camera yang kita kena tahu iaitu portable camera yang selalu guna dalam espionage (spy) dan juga fixed wired camera.

Katanya, cara untuk kita kenal pasti kewujudan portable camera adalah kenal pasti sesuatu yang lain macam je berbanding biasa.

Antara yang selalu guna ialah butang baju, pen, cermin mata, kunci kereta dan sebagainya.


Cara lain untuk kesan portable camera ni adalah melalui reflection guna lampu suluh untuk kesan kedudukan kamera tu.

Alat untuk kesan frekuensi radio macam Wi-Fi pun mampu kesan kewujudan kamera tu sebab portable camera connect dengan wireless connection.

Untuk kesan fixed camera pula agak mencabar sebab boleh disorok kat macam-macam tempat macam jam dinding, AC, alat pencegah kebakaran atau apa-apa je yang ada kat kawasan tu.

Kamera ini agak BAHAYA sebab ada fungsi infrared yang boleh rakam video walaupun tak ada cahaya.


Tapi dalam kawasan yang gelap, kita boleh detect kamera tu guna apps smartphone sebab kamera tu akan buat LED berkelip-kelip bila interact dengan smartphone kita.

Nampaknya, itu jelah perkongsian kita untuk entry kali ni.


再见
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

📣AAAZ REPAIR CENTRE📣

Finding the nearest electronic stores? Mencari kedai elektronik terdekat? Searching for phone repair service near me and...