Assalamualaikum
大家好
Entry kali ni nak share tentang Google baru-baru ni yang akan keluarkan satu platform 'cloud gaming' yang dinamakan Google Stadia.
Let's jump into it!
Google Stadia berjaya tarik perhatian beberapa developer. Menurut Technical Account Manager Sam Corcoran, lebih dari 4000 developer game menunjukkan minat untuk support service Google Stadia melalui program 'share-partnering' Google Stadia ni.
Selain itu, Google Stadia pun anjurkan developer untuk tambah beberapa idea ke dalam app dia orang. Ini petanda ada minat yang tinggi kat platform streaming game baru Google ni. Beberapa developer mesti nak tengok Google Stadia dalam skala yang jauh lebih besar sebelum dia orang committed untuk kembangkan sesuatu untuk platform tu.
Selain tu, Google pun dah confirm, walaupun publisher game putuskan untuk tak lagi support Stadia, apa yang dia orang offer sebelumnya akan tetap ada untuk subscriber Google Stadia. Sam Corcoran berikan beberapa saranan untuk developer yang nak cadangkan apps untuk akses Google Stadia.
“Apa yang benar-benar saya sarankan dan apa yang selalu diterima dengan baik – adalah memiliki idea yang baik tentang akses yang disediakan Stadia, yang membolehkan orang main kat semua endpoint yang berbeza ini dan mudah-mudahan dapat luaskan lagi pemain yang dapat terlibat dengan game anda” kata Corcoran.
P/S: Google Stadia ni diumumkan dalam Game Developers Conference (GDC) 2019 seminggu sebelum Apple umumkan Apple Arcade yang akan menjadi pesaing utamanya nanti.
P/P/S: Klik SINI untuk baca blog AAAZ tentang Apple Arcade.
Sekian sahaja entry kita berkenaan Google Stadia.
Google Stadia akan dilancarkan pada November 2019 (mengikut pelan Google).
Kita tunggu dan tengok jelah nanti bila dah keluar ya.
Assalamualaikum
再见
No comments:
Post a Comment