Assalamualaikum
大家好
Entry kali ni nak cerita tentang Instagram atau lebih dikenali dalam kalangan kita sekarang sebagai 'IG' atau 'Insta'.
Bukan je FB yang dah ada AI, tapi IG pun sama sebab dua brand ni bergerak seiring. Mungkin sebelum ni pun kita dah dengar tentang betapa efisiennya AI dalam Facebook terutamanya dalam menapis fake account dan pelbagai teknik marketing yang exploit atau manipulate pengguna.
Bukan je FB yang dah ada AI, tapi IG pun sama sebab dua brand ni bergerak seiring. Mungkin sebelum ni pun kita dah dengar tentang betapa efisiennya AI dalam Facebook terutamanya dalam menapis fake account dan pelbagai teknik marketing yang exploit atau manipulate pengguna.
So, apa tunggu lagi? Let's jump into it!
Internet boleh jadi sesuatu yang sangat positif kalau memang guna dengan betul, dan dapat jadi sesuatu yang negatif kalau salah guna. Sekarang, kita senang-senang je suarakan pendapat kita kat internet, dan bukannya sikit yang komen dengan cara yang menyinggung dan menghiris perasaan.
Cyberbullying pun masalah juga dan tak terkecuali kat social media lebih-lebih lagi Instagram yang konsep utamanya ialah gambar.
IG terus ambil langkah untuk cegah komen yang bersifat mengutuk dan melukakan perasaan kat platform dia orang dan sekarang 'menghebatkan' AI untuk cegah perkara tu daripada jadi.
IG telah melancarkan feature baru yang disebut Restrict dan dengan bantuan AI yang akan bagitahu kalau komen dia orang dianggap 'berbisa' sebelum post. Intervention ni akan bagi dia orang kesempatan untuk reflect balik dan batalkan komen dia orang.
IG bagitahu yang test awal daripada feature ni menunjukkan yang perkara tu membuatkan orang berfikir dulu sebelum nak komen pun. Lepas dengar daripada pengguna IG sendiri yang mana dia orang mungkin tak nak pun block, unfollow atau report si pengkomen ni, sebab boleh buat situasi lagi teruk. Lebih-lebih lagi, kalau dia orang berinteraksi dengan si pengkomen tu in real life (IRL).
Lepas je pengkomen tu di'Restrict', komen dia cuma boleh dilihat oleh dia je (si pengkomen). Pengguna akan ada option untuk buat komen-komen ni dilihat oleh orang lain, kalau nak. Pengkomen yang di'Restrict' juga tak dapat tahu bila si owner yang dipedajal ni aktif kat IG atau dah baca DM ke belum.
So, gunakanlah social media dengan bijak, ya!
Sekian sahaja entry kita untuk kali ini.
Assalamualaikum
再见
No comments:
Post a Comment