Assalamualaikum
大家好
Okay, entry kali ni kita nak share tentang Xiaomi yang baru sahaja expose design Black Shark 2 Pro dia orang baru-baru ni.
Let's jump into it!
Brand smartphone milik Xiaomi yang lebih fokus pada device untuk gaming, iaitu Black Shark dah pun release smartphone improved version daripada smartphone Gen 2 milik Xiaomi dalam waktu yang dekat ni.
Baru-baru ni, Xiaomi dah upload teaser device tu dan tampilkan tarikh launching yang akan tiba bulan Julai kat China dan smartphone tu akan datang dengan nama Black Shark 2 Pro.
Tapi teaser latest yang dah dipost ke Weibo Xiaomi hanya tunjuk design belakang Black Shark 2 Pro. Walaupun bentuk luar design agak serupa dengan design Black Shark 2 sekarang, tapi ada perbezaan yang dapat kita tengok iaitu dua garis vertikal.
Kemungkinannya, bar LED baru. Selain tu, kita masih tertanya-tanya sama ada Black Shark 2 Pro akan pertahankan logo “S” RGB di bahagian belakang atau tak.
Smartphone gaming tu akan datang dengan chipset yang dah diperbaharui, iaitu Snapdragon 855 Plus dengan RAM 12GB. Setakat ni, spesifikasi tu je yang kita dah tahu tentang Black Shark 2 Pro.
Menurut hasil test Geekbench, versi Pro ini boleh sampai score sebesar 11.304 dalam test multi-core. Selain tu, hasil test pun cakap yang Snapdragon 855 Plus merupakan “msmnile”. Processor ni diperbaharui daripada Qualcomm yang menjanjikan peningkatan sebesar 4.2% untuk CPU dan peningkatan 15% untuk performance GPU.
Sekarang ni, kita belum nampak apa perubahan fizikal lainnya yang akan datang dengan Black Shark 2 Pro. Untuk berita selanjutnya, kita tunggu je launching event Black Shark 2 Pro ini 30 Julai akan datang.
Sekian sahaja entry kita untuk kali ini.
Assalamualaikum
再见
No comments:
Post a Comment