Monday, 5 August 2019

Facebook Bakal Tukar Nama WhatsApp dan Instagram

Assalamualaikum
大家好


Entry kali ni kita nak bagi tahu tentang Facebook dan apps miliknya, iaitu Whatsapp dan Instagram.

Let's jump into it!

Facebook yang menjadi induk syarikat WhatsApp dan Instagram, akan tukar nama rasmi kedua-dua platform socmed tu. Spokeperson rasmi Facebook pun dah confirmkan berita penukaran nama rasmi WhatsApp dan Instagram ini. Penukaran nama kedua-dua apps ni pertama kali dihidu oleh satu wartawan yang berasal daripada The Information, yang kemudian diconfirmkan oleh spokesperson Facebook.

Mengikut katanya, nama rasmi WhatsApp dan Instagram nanti akan bertukar dengan tambahan "from Facebook", di belakang WhatsApp dan Instagram. Penukaran nama ni dibuat untuk menjelaskan status Facebook sebagai syarikat induk ke atas kedua-dua platform tu.



Walau demikian, menurut sumber terdekat, nama WhatsApp dan Instagram yang muncul pada device user akan tetap sama macam sebelumnya, tanpa penambahan "from Facebook". Dikutip dari Tech Crunch, nama baru tu akan terpampang di App Store masing-masing (Android/iOS).

Dianggap sebagai monopoli, Facebook sendiri beberapa tempoh masa lepas diminta untuk kurangkan dominasi dengan pisahkan server Instagram dan WhatsApp, sebab dianggap 'practicing monopoly'. Benda tu ada disebut oleh salah satu founder Facebook, Chris Hughes.

Menurutnya, Federal Trade Commission (FTC) USA pun mesti tegakkan undang-undang anti-trust dengan batalkan acquisition (pengambilan sesuatu bisnes) Facebook ke atas Instagram dan WhatsApp.

Instagram dan WhatsApp yang bernaung bawah Facebook memang sama-sama dah jadi gergasi, sampai makin kukuh dominasi induknya kat 'gelanggang' sosial. Orang awam pun jadi tak ada pilihan lain kecuali gunakan produk Facebook. Sebab, tak ada aplikasi alternatif selain daripada milik Facebook.



Menurut Hughes, 'kesalahan terbesar' FTC adalah bagi lampu hijau untuk acquisition Instagram dan WhatsApp oleh Facebook. Kesannya buruk buat pesaing, sebab Facebook jadi terlampau kuat untuk disaingi. “Kalau tak acquire bisnes pesaing, Facebook gunakan monopoli supaya pesaing gulung tikar atau ciplak teknologi dia orang,” kata Hughes.

Sekian sahaja entry kita untuk kali ini.

Realiti social media zaman sekarang ni.


Assalamualaikum
再见

No comments:

Post a Comment

📣AAAZ REPAIR CENTRE📣

Finding the nearest electronic stores? Mencari kedai elektronik terdekat? Searching for phone repair service near me and...