BAAAM!
Kilat sabung-menyabung. Langit yang sedari tadi kekuningan dek mentari senja, terang sebentar.kerana percikan cahaya itu. Di saat itulah, gadis bernama Mia itu sedang berjalan di hadapan Mikael. Lelaki yang sering dilihatnya di kafeteria fakulti seni bina itu yang membuatkan dia kerap ke situ.
Sudah terkalam dalam perkataan orang tua-tua bahawa malang itu tidak meninggalkan bau. Sewaktu Mia sedang asyik memandang Mikael, dia tidak menyedari kehadiran sebongkah bata yang berada tidak jauh di hadapannya.
Bata itu diletakkan buat sementara oleh buruh yang sedang membuat renovasi tembok batu di sebelah kafeteria itu. Beberapa detik kemudian, tumit kasut Mia telah pun terbenam dalam salah satu lubang yang berada di dalam bata itu. Mia tersentak kerana bimbang sesuatu menangkap kakinya.
Sudahlah abang buruh yang bekerja membangunkan tembok itu beberapa kali cuba untuk mengganggunya. Komputer riba di tangan kanannya terlepas sewaktu dia cuba mencabut kasutnya yang sudah terbenam sebentar tadi.
FUHHH!
"Selamat!" getus hati Mia.
Tangan kirinya pantas menyambut komputer riba itu hampir kemas. Air di langit mulai menitik sedikit ke atas dahi mulus gadis itu. Mia memandang ke langit.
"Alamak! Nak hujan dah..."
BAAMMM!
Kali ni guruh berbunyi lebih kuat sehingga membingitkan telinga. Nasib baiklah, gadis yang juga aset emas maraton kampus itu merupakan seorang yang tidak takut dengan petir.
Matanya tertancap ke arah jalan berturap beberapa inci di hadapannya. Tanpa disedari, komputer riba itu telah tercampak kerana refleks tangannya sebentar tadi.
TIDAAAAKKKK!
Bergemalah suara Mia menghalau unggas-unggas yang hinggap di pohon ara berdekatan tempat gadis itu berdiri.
Mia cuba menghidupkan komputer riba itu sebelum menyedari terdapat jalur garisan pada skrin komputer itu. Dalam hatinya, sumpah seranah sudah berhambur. Tidak padan dengan penampilannya yang kelihatan muslimah.
Untungnya, Mia teringat dia pernah menyimpan kad bisnes milik salah seorang pekerja AAAZ Repair Centre. Dengan segera, dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Hampir-hampir sahaja, telefon bimbit itu juga hendak terlepas daripada pegangan tangannya. Namun begitu, Mia sudah tahu. Gadis itu sudah belajar daripada kesilapannya.
Mia segera menghubungi nombor yang tertera pada kad bisnes itu.
✔Anda bernasib baik sebab ada Team AAAZ untuk selesaikan problem macam Mia ni!
Cik Mia dah selesai pun masalahnya. Kalau anda tak percaya, boleh hubungi nombor yang ada kat kad bisnes tu sendiri (010-658 5731)!!! 🤙
Kami AAAZ Repair Centre juga ada servis repair untuk problem selain screen laptop macam:
💻SERVICE (LAPTOP):
🌟Format & Software Installation
🌟Tukar hard disk (HDD & SSD)
🌟Tukar bateri
🌟Tukar skrin
🌟Tukar keyboard
🌟Repair motherboard
🌟Repair hinge
🌟Adapter
⏰TEMPOH SIAP:
🌟KEROSAKAN RINGAN (15MINIT - 1JAM)
🌟KEROSAKAN SERIUS (1 - 3 HARI BEKERJA)
*kecuali motherboard (follow up 3 hari)
⏳Masa Kedai Dibuka:
9 pagi - 6 petang (Isnin-Jumaat)
📍Markas Kami:
Lot B8 (4216), Arked MARA Jasin, Jalan Ratilal, 77000 Jasin, Melaka
📞HUBUNGI KAMI:
011-1637 7036
017-629 5184