Assalamualaikum
大家好
Entry kali ni nak cerita tentang Apple. Memang banyak cerita mamat ni haha...
Cerita tentang syarikat gaming, yang dah tak asing lagi dengan nama-nama besar macam Nintendo, Sony dan sebagainya. Selain daripada tu, banyak juga developer game besar macam EA, Activision, Ubisoft, Blizzard, dan lain-lain.
Tapi dalam diam-diam ubi berisi, Apple nampaknya jadi bahagian besar daripada syarikat gaming, sebab mengikut analisis Newzoo, Apple katanya jadi nombor empat sebagai syarikat game terbesar kat dunia.
Eh?
Apple tak buat game
Apple tak buat console
Alih-alih jadi tempat keempat. Dah kenapa?
Tapi, berkat iPhone, memungkinkan Apple melambung ke nombor empat. Ini menunjukkan seberapa besar game mobile, terutamanya bila kita ambil kira fakta yang hampir setiap orang ada smartphone masa sekarang ni, kalau nak banding dengan konsol.
Mengikut para analisis, Apple dikira-kira dah dapatkan $2.09M daripada game pada suku pertama tahun 2018, dengan sepanjang tahun mencapai sekitar $9.45M.
Tapi tak jelas yang pendapatan ni semata-mata daripada profit yang dibuat oleh AppStore umumnya, atau potongan yang diterima Apple daripada apps yang dijual kat AppStore.
Nampaknya posisi Apple kat masa depan nanti pun boleh meningkat sebab kat WWDC 2019, syarikat melancarkan Apple Arcade. Ini adalah jenis subscribe baru yang akan bagi players untuk akses ke banyak permainan eksklusif.
Lebih kurang macam Netflix tapi untuk games.
Sekian sahaja entry kita untuk kali ini. Terima kasih sebab luangkan masa untuk baca.
再见
Assalamualaikum